Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) Datuk Seri Mohamad Hasan MBNegeri Sembilan
SEREMBAN - Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang dalam peringkat akhir perlaksanaannya dilihat mampu memperkasa pendidikan tahfiz, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan. Katanya, dasar itu yang juga bertujuan untuk memberi jaminan masa depan kepada anak tahfiz ini sekaligus bakal melahirkan huffaz yang profesional dalam bidang seperti sains, teknologi dan juga kemahiran dalam industri. "Dasar tersebut akan memperkenalkan empat modul kurikulum antaranya ialah Tahfiz Turath, Tahfiz Sains, Tahfiz Dini dan Tahfiz Kemahiran dan akan digunakan di institusi tahfiz untuk menjamin kualiti dan masa depan pelajarnya. “Di Negeri Sembilan kita sudah lama memberikan perhatian terhadap anak-anak huffaz ini dan kerajaan negeri akan memastikan menjelang tahun 2020 semua sekolah agama di negeri ini akan ada kurikulum bersepadu tahfiz,” katanya dalam ucapan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Untuk Asnaf Dun Rantau di sini, hari ini. Sebelum ini, Timbalan...