MAAHAD TAHFIZ SULAIMANIYAH Salah satu manhaj Tahfiz yang sedang berkembang dengan pantas di seluruh dunia.
Posts
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) Datuk Seri Mohamad Hasan MBNegeri Sembilan
- Get link
- X
- Other Apps
SEREMBAN - Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang dalam peringkat akhir perlaksanaannya dilihat mampu memperkasa pendidikan tahfiz, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan. Katanya, dasar itu yang juga bertujuan untuk memberi jaminan masa depan kepada anak tahfiz ini sekaligus bakal melahirkan huffaz yang profesional dalam bidang seperti sains, teknologi dan juga kemahiran dalam industri. "Dasar tersebut akan memperkenalkan empat modul kurikulum antaranya ialah Tahfiz Turath, Tahfiz Sains, Tahfiz Dini dan Tahfiz Kemahiran dan akan digunakan di institusi tahfiz untuk menjamin kualiti dan masa depan pelajarnya. “Di Negeri Sembilan kita sudah lama memberikan perhatian terhadap anak-anak huffaz ini dan kerajaan negeri akan memastikan menjelang tahun 2020 semua sekolah agama di negeri ini akan ada kurikulum bersepadu tahfiz,” katanya dalam ucapan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Untuk Asnaf Dun Rantau di sini, hari ini. Sebelum ini, Timbalan...
21 Mac 2016 Kerajaan rangka Dasar Pendidikan Tahfiz Negara
- Get link
- X
- Other Apps
Menu You are here Kerajaan rangka Dasar Pendidikan Tahfiz Negara Tarikh : 21/03/2016 Utusan Malaysia (Dalam Negeri: m/s 3) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika berucap di Majlis Himpunan 20,000 Huffaz di Masjid Wilayah Persekutuan berkata, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang merangka Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) bagi memastikan institusi pendidikan tahfiz al-Quran di negara ini terus subur dan diperkasakan. Menurut Perdana Menteri, kerajaan turut menyediakan ruang yang seluas-luasnya kepada madrasah-madrasah tahfiz yang ada di negara ini untuk memberikan pandangan dan cadangan kepada pembangunan dasar itu, dan beliau sendiri akan memberikan perhatian secara peribadi kepada pembentukan dan pelaksanaan DPTN tersebut. Perdana Menteri turut merasmikan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta) yang disifatkan penubuhannya amat tepat pada masanya untuk madras...
Gubal Segera Dasar Pendidikan Tahfiz Negara: Perwakilan UMNO
- Get link
- X
- Other Apps

KUALA LUMPUR, 20 Rabiuulawal 1439H, Sabtu – Dasar Pendidikan Tahfiz Negara mendapat perhatian beberapa perwakilan yang membahaskan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini. Mereka antara lainnya mahu kerajaan segera menggubal dasar itu bagi memperkasakan pendidikan tahfiz di Malaysia. Wakil Pulau Pinang Mohd Nashrol Hisham Abdullah berkata dasar berkenaan dapat menjamin masa depan dan hala tuju pelajar tahfiz, seterusnya melahirkan golongan profesional dan teknokrat huffaz (penghafal al-Quran). “Dasar ini amat baik dengan didasarkan oleh Presiden (UMNO) yang mendengar suara hati rakyat, kehendak rakyat. Jadi Dasar (Pendidikan) Tahfiz Negara ini (diharapkan) termakbul. Alhamdulillah, kita sudah ada sembilah MRSM Ulul Albab (termasuk lima yang dalam pembinaan) dan 30 SMKA Ulul Albab … ini merupakan perkembangan amat baik. “Maksud kerajaan, mereka nak al-Quran diletakkan paling tinggi dalam pentadbiran. Jadi, kita wajib menyokong ke...